Monday 19 September 2011

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI



PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Definisi teknologi maklumat
Teknologi maklumat merupakan satu bidang ilmu yang berasaskan pelbagai disiplin terutamanya komunikasi dan sistem komputer. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk.
Teknologi maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuk teknologi sangat luas iaitu berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya, penggunaan computer dan perisian adalah untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa
Pengintegrasian teknologi malkumat dalam pengajaran bermaksud proses pengajaran yang melibatkan penerapan teknologi seperti komputer serta menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Contohnya penggunaan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang berkaitan.

Perkembangan teknologi komputer khususnya teknologi multimedia, teknologi
rangkaian dan telekomunikasi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi terkini secara kreatif dan inovatif mampu melahirkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi dan dapat menarik minat pelajar dalam bidang pendidikan sains. Justeru pendekatan melalui web portal menjadi fokus di negara maju dan kini semakin popular di negara membangun terutama untuk melahirkan masyarakat yang berliterasi. Walaubagaimanapun, keberkesanan e-pembelajaran adalah bergantung kepada pendekatan pedagogi yang diterapkan di dalamnya. Di dalam pembangunan
web portal ini, satu Sistem Pengurusan Kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih.Sistem ini dianggap sesuai memandangkan rekabantuknya menyokong teori konstruktivisme sosial yang bercirikan akses kendiri. Web portal ini merangkumi tajuk ‘Cell structure and cell organisation’, Chemical composition of the cell’ dan ‘Dynamic ecosystem’. Bagi setiap tajuk, sumber yang disediakan merangkumi ‘Teacher’s Note’ dimana ia boleh didapati dalam format hypertext markup language (html) dan power point presentation (ppt), manakala aktiviti pula dilahirkan dalam bentuk ‘Student’s Lesson’, Quiz, Forum, Chat dan Hot Potatoes Quiz. Web portal ini berkeupayaan memberi tindakbalas yang spontan secara bimbingan disamping pelajar
dan guru dapat berkolaborasi, memberikan satu kelebihan terhadap pendekatannya di mana gaya pembelajaran seperti ini sukar dicapai dalam sistem pendidikan tradisional .
Katakunci : bahan E-Pembeljaran, Cell Structure and Cell Organisation, Chemical Composition of the Cell, Dynamic Ecosystem.


Pengenalan

Pengaruh era digital di akhir abad ke-20 dalam senario pendidikan di Malaysia telah
menunjukkan beberapa perubahan dari sistem pendidikan konvensional kepada pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Aplikasi serta pengintergrasian pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran, pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran virtual telah mula diamalkan di institusi pengajian tinggi Malaysia. Dalam bidang pendidikan, e-pembelajaran bukan sahaja sebagai nilai tambah tetapi sebagai satu keperluan utama ke arah pembelajaran bestari
Perkembangan teknologi komputer khususnya teknologi multimedia, teknologi rangkaian dan telekomunikasi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan penggunaan computer dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi computer mempunyai potensi yang besar dalam pendidikan.
Pelbagai langkah telah diambil bagi memperkenalkan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi kepada masyarakat Malaysia. Kempen kesedaran teknologi maklumat telah banyak dijalankan, di samping menyediakan kemudahan berkaitan dengannya.

Usaha yang giat juga telah diambil ke arah memperkenalkan e-Pembelajaran dalam sistem pendidikan di Negara ini. Pelbagai tahap pembelajaran elektronik kini diamalkan di pelbagai peringkat institusi pendidikan . Pelajar harus diberi pendedahan menyeluruh tentang kemudahan pembelajaran teknologi terkini yang mampu membawa mereka meneroka ke dunia yang tiada sempadan. Leaning portal atau web portal adalah satu daripada corak pembelajaran jarak jauh. Ia adalah bersamaan dengan pembelajaran maya tetapi berbeza dari segi pelanggan dan kursusnya. e-Learning portals disediakan untuk mengatasi sesuatu masalah bagi kategori sesuatu kumpulan yang kecil digunakan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar.


KEKANGAN MEREALISASIKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Dari segi kemahiran pula, ia perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap pelajar itu sendiri dan bukan berbentuk paksaan memahami dan melakukan sesuatu di luar kebolehannya. Kemahiran dan keketrampilan ini juga perlu  memasukkan unsur-unsur kerja sama, pemikiran analitikal dan kritikal serta penyelesaian masalah komunikasi yang berkesan. Walaupun unsur kepintaran dalam teknologi komputer ini didapati telah mula mengambil alih tugas manusia, namun masih terlalu banyak proses yang tidak dapat 100% diaplikasikan. Malah teknik kuantitatif dan statistik moden sekali pun hanya menjadi pemangkin kepada membuat keputusan dan bukan menguasai proses membuat keputusan.
Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan  pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80an adalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisian yang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang juga kebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik.Bagaimanapun jelasnya, pendekatan lama berhubung penggunaan ICT yang masih digunakan sehingga kini, khususnya dalam sistem pendidikan masih tidak menyeluruh dan telah menyebabkanproses pengajaran dan pembelajaran menjadi kurang berkesan. Persepsi dan pendekatan masa kini perlu diubah dari “belajar bersama ICT” kepada “belajar melalui ICT”.

kerajaan sedar bahawa dalam era globalisasi keperluan pelajar mempunyai asas kukuh dan pengetahuan luas dalam ICT adalah begitu mendesak. Justeru itu,penekanan terhadap integrasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi agenda utama kerajaan bagi memastikan ia dapat digerakkan pada setiap peringkat masyarakat.Kerajaan Malaysia amat serius untuk menerapkan penggunaan komputer dalam system pendidikan.Antara masalah yang dikenalpasti:

Ø  ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi yang berkaitan tidak mencukupi.
Ø   Di samping itu, terdapat kekangan dari segi sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah. Masalah bilik komputer juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
Ø  Terdapat guru bahasa yang tidak dapat menggunakan bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar lain.
Ø  Pengaruh rakan sejawat tidak mempengaruhi sampel kajian dalam pelaksanaan pengajaran berbantukan komputer.
Ø  Minat mengajar menggunakan komputer tidak menurun apabila tidak ramai guru yang berbuat demikian.Guru-guru tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat.
Ø  Tahap kemahiran guru dalam bidang teknologi maklumat tidak meluas
Ø  Penerimaan guru terhadap proses P&P menggunakan teknologi maklumat  tidak menyeluruh.


Kesimpulannya bidang bahasa juga sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya. Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa itu dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan juga penggunaan internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.


Cara-cara Mengatasi Masalah

Memandangkan digitalisasi telah menyebabkan kewujudan telekomunikasi dan teknologi maklumat sekarang, corak pengajaran dan pembelajaran tradisional di dalam kelas juga seharusnya berubah. Teknologi maklumat patut diterapkan di dalam pendidikan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang mampu menggunakan kemudahan teknologi malah kerajaan dengan sedaya upaya cuba untuk menyediakan kemudahan terbaik dari segi teknologi maklumat dan komunikasi agar setanding dengan negaru maju yang lain. Oleh itu, bidang pendidikan seharusnya mengambil peluang ini agar insan yang dilahirkan sejajar dengan kehendak masa hadapan dan mampu berdaya saing di peringkat dunia.

Penghasilan web-portal merupakan satu langkah yang bijak dalam memberi pilihan
kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mampu mengatasi masalah yang wujud akibat corak pengajaran konvensional malah ia mampu menarik minat pelajar dan menggalakkan pelajar lebih berdaya saing dan berkeyakinan. Rekabentuk dan informasi serta persembahan yang berbentuk interaktif di halaman web-portal membangkitkan semangat pelajar untuk meneroka ke alam pembelajaran yang luas dan menyeronokkan terutama ke alam sains yang penuh dengan keajaiban. Ia mampu membawa pelajar keluar dari kepompong kelas dan keluar menjelajah ke alam sains yang realiti. Sehubungan dengan itu, satu projek web portal dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti berkaitan dengan tajuk ini.

Selain daripada pembangunan infrastruktur, pelaburan yang bukan sedikit turut dibuat untuk membangunkan perisian-perisian pembelajaran. Perkembangan terkini menyaksikan bermacam-macam penerbitan cakera padat untuk pelbagai mata pelajaran sama ada oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) atau Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM yang diedarkan ke sekolahsekolah untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam perkembangan berkaitan, Bahagian Pembangunan dan Perolehan, KPM turut
mengeluarkan kontrak penyelenggaraan peralatan ICT di Cawangan Bahagian/Jabatan, Jabatan Pelajaran Negeri, Maktab Perguruan, Kolej Matrikulasi, Pejabat Pelajaran daerah/Gabungan, Pusat Kegiatan Guru dan Sekolah-Sekolah di bawah KPM bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Jumlah keseluruhan kontrak tersebut menurut pekeliling BPP: Bil 03/2006 bertarikh 5 Mei 2006 ialah RM 99,566,672.09 dan untuk tempoh dua tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2008.Berdasarkan hujah-hujah di atas, komitmen serta jumlah pelaburan yang dibuat oleh KPM,maka pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT adalah antara kaedah yang sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah. Penggunaan kaedah tersebut boleh dilaksanakan kerana selaras dengan usaha-usaha yang sedang dan akan dilakukan. KPM (2001) telah merangka program pembangunan ICT dalam
pendidikan untuk merealisasikan matlamat-matlamat:
                   (a) meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT.
                   (b) memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT.
                   (c) memperluaskan kurikulum berasaskan ICT.
                   (d) meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT.
                   (e) menekankan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
                    (f) meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar.          
                         tenaga pengajar, dan personel KPM.
                   (g) meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan.
                   (h) meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT.
                    (i) meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam ICT.
                    (j) meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi mengatasi masalah-masalah ini, beberapa cara dicadangkan berdasarkan peranan semua pihak.
v  Peranan Kerajaan
Kerajaan memberikan kesedaran dalam penggunaan komputer untuk mempercepatkan
penerimaan dan penggunaan teknologi maklumat. Perdana Menteri pada masa itu,mantan Dato’ Seri Mahathir  Mohamad telah melancarkan Kempen Kesedaran Teknologi Maklumat pada 11 Oktober 1977. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah, mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Selain itu juga, kerajaan perlu menyediakan kursus teknologi maklumat untuk guru-guru yang bakal mejadi tenaga pengajar di sekolah sama ada di universiti ataupun kursus-kursus semasa. Kerajaan haruslah peka terhadap keperluan semasa masyarakat dan sentiasa peka terhadap perubahan teknologi global.
v  Peranan Sekolah
Strategi untuk menggabungkan dan memantapkan penggunaan ICT dalam P&P bukan hanya semata-mata terletak di bahu guru sahaja tetapi juga kepada pemimpin sekolah. Peranan pengetua atau guru besar adalah amat penting dalam membentuk budaya ICT di sekolah. Pemimpin bukan sahaja perlu memberi sokongan dari segi kewangan tetapi juga menjadi model sebagai pengguna ICT dalam pentadbiran dan memberi respons kepada perubahan. Untuk menerapkan budaya ICT di sekolah, satu dokumen polisi bertulis seharusnya disediakan. Polisi ini membantu merekabentuk dan mengurus program ICT bagi membolehkan guru dan pelajar menguasai ICT secara teratur dan progresif. Sesebuah polisi tidak perlu statik tetapi perlu disemak setahun sekali terutamanya apabila tahap kepakaran guru meningkat dan terdapat perubahan pada dasar dan prosedur Kementerian Pendidikan. Kerangka polisi ICT dibina berdasarkan kepada matlamat dan perancangan sekolah, pandangan daripada ibu bapa dan komuniti, polisi Pejabat Pendidikan Daerah, polisi rasional penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan perkembangan teknologi (Mohammed Sani dan Mohd Jasmy, 2002). Bagi melaksanakan polisi dan matlamat yang telah ditetapkan,sekolah harus menyediakan pelan pembangunan. Heinrich (1995) menyatakan pelan ini mengandungi aktiviti-aktiviti spesifik seperti strategi pemantauan dan penilaian; spesifikasi tentang pemilihan pembiayaan serta pembelian perisian dan perkakasan, kurikulum yang digunakan dan perancangan untuk penggantian serta pembinaan peralatan secara berterusan.
Program pembangunan sekolah harus selari dengan matlamat dan prosedur yang telah
ditentukan oleh Kementerian Pendidikan. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah seharusnya dilibatkan bagi membimbing dan menyokong sekolah untuk membuat pelan pembangunan ICT dan seterusnya memantau perlaksanaannya.
Pemimpin sekolah harus memastikan prasarana yang lengkap dikendalikan dan digunakan secara optimum oleh guru semasa P&P dijalankan. Penggunaan makmal komputer hendaklah mengikut jadual waktu yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran agar kekecohan dan kecelaruan tidak timbul di kalangan guru-guru. Peranan penyelaras ICT mesti dipantau supaya budaya menyelenggara alat-alat perkakasan sentiasa dilakukan selepas makmal komputer digunakan. Penyelaras ICT harus peka dan jelas dengan arahan-arahan Kementerian Pendidikan tetapi dalam melaksanakannya di peringkat sekolah, mereka perlu mengubahsuai prosedur mengikut kemampuan guru-guru untuk melaksanakannya dengan berkesan. Pemberian komputer daripada pihak swasta atau atas inisiatif PIBG hendaklah dilengkapkan ke bilik-bilik darjah sekiranya makmal komputer telah disediakan. Ini akan menambahkan lagi penggunaan ICT oleh guru semasa proses P&P.
Perkembangan dan pembangunan staf harus diberi perhatian yang lebih oleh pemimpin
sekolah. Pembangunan staf yang melibatkan ICT dan inovasi adalah berdasarkan kepada dua bidang iaitu penguasaan ICT dan perkembangan aktiviti pembelajaran mengikut keperluan murid. Perancangan pihak sekolah untuk memberikan kursus-kursus dalaman dan luaran kepada guru adalah perlu. Untuk itu pengurus sekolah hendaklah sentiasa melakukan kajian keperluan untuk mengenal pasti tahap penguasaan guru dalam bidang kemahiran ICT dan instruksional. Program perkembangan staf amat perlu untuk memastikan guru-guru menguasai ilmu dan ketrampilan yang diperlukan untuk menggunakan peralatan ICT dan bagaimana mereka dapat membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dengan betul.Program ini harus selari dengan polisi ICT dan pelan pembangunan sekolah.
v  Peranan guru
Menurut Skinner (1974), melalui teori pembelajaran behaviorisme pembelajaran berlaku apabila seseorang itu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan dan kemudiannya diberi pengukuhan. Sementara teori kognitivisme menegaskan pembelajaran merupakan satu proses maklumat diterima, diproses dan disimpan dalam pemikiran seseorang.Implikasi ini menunjukkan maklumat dianggap sebagai objek yang boleh dipindahkan kepada murid (Newell, 1990).Di bawah kerangka behaviorisme dan kognitivisme, guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada.Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai.
      Aktiviti pembelajaran yang mengaplikasi teori behaviorisme dan kognitivisme ialah pembelajaran tutorial yang menggunakan ICT untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Aktiviti ini merangkumi demonstrasi, fenomena yang menggunakan perisian CD Rom, laman gagal untuk difahami menyebabkan kita seolah-olah berada di dunia lain.Justeru itu, penggunaan teknologi maklumat seharusnya bukanlah lagi menjadi sesuatu yang asing dalam pendidikan. Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif,pantas dan banyak untuk membbantu proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu juga, kejayaan ICT dalam pendidikan khususnya bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga melibakan factor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Pendekatan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar meneroka mencari maklumat.
Dalam menjayakan penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan gandingan semua pihak sama ada pihak sekolah mahu pun pihak masyarakat. Di sekolah, guru terutamanya perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mempelajari serta diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Kebanyakan sekolah-sekolah yang mempunyai guru-guru yang telah lama berkhidmat, terdiri daripada mereka yang masih berada di tahap ‘perlu belajar’ dan ‘perlu bimbingan’ untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Keupayaan seseorang untuk menggabungkan teknologi maklumat dalam pengajaran bukan berlaku secara automatis, tetapi memerlukan kepada usaha yang berterusan yang penuh dengan minat. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintergrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru-guru untuk memuat persediaan yang mencukupi agr dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Objektif projek

Objektif bagi projek MOODLE e-pembelajaran dalam topik Biologi Tingkatan Empat
ialah membangunkan web portal menggunakan Sistem Pengurusan Kursus topic ‘Cell Structure And Cell Organisation’,‘ Chemical Composition of the cell’ dan ‘Dynamic Ecosystem’.

Kepentingan projek Pelajar

Para pelajar dapat menggunakan web portal yang disediakan bagi membantu
menambahkan ilmu pengetahuan dan memanfaatkan sumber rujukan. Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi (KPM 2001). Pelajar juga bebas menggunakan web portal ini pada bila-bila masa dengan keupayaan pembelajaran sendiri. Ia juga amat sesuai bagi pelajar yang berminat belajar sambil meneroka. Melalui web portal juga pelajar boleh menjawab soalan-soalan kuiz berulangkali tanpa rasa sebarang perasaan rendah diri.

Guru

Melalui pengggunaan web portal, guru dapat menyemak kemajuan pelajar dalam
pembelajaran dengan lebih mudah dan cepat. Selain itu, objektif pembelajaran lebih mudah dicapai kerana pembelajaran berbentuk interaktif dan menyeronokkan. Guru juga tidak perlu risau pada gaya pembelajaran yang pelbagai kerana pelajar akan meneroka mengikut kemampuan dan kebolehan mereka sendiri.


Sekolah

Projek ini amat penting bagi pihak sekolah bagi membantu meringankan tugas guru serta mewujudkan pendidikan yang global dalam melancarkan pengurusan akademik sekolah.


Ibu-bapa dan Masyarakat

Web portal membolehkan ibu-bapa memantau perkembangan pembelajaran anak-anak
dengan lebih mudah dan efisyen. Selain itu ia juga menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya IT yang seterusnya dapat menghasilkan masyarakat yang celik IT. Untuk memantapkan integrasi ICT dalam proses P&P sekolah harus menggunakan pelbagai perkhidmatan luar seperti pihak swasta, kerajaan, badan akademik, komersial serta komuniti setempat. Pusat Sumber Pendidikan Negeri merupakan sumber rujukan yang paling relevan untuk mendapat khidmat nasihat mengenai teknik dan kaedah P&P menggunakan ICT. Teknik perkongsian pintar antara sekolah dan sektor swasta boleh digunakan sebagai strategi untuk meningkatkan kemahiran ICT guru dan semua warga sekolah. Sekolah harus menggunakan peluang yang ada dalam komuniti setempat dari segi mendapatkan sumbangan dalam bentuk tenaga pakar untuk membantu guru-guru dalam menjadikan penggunaan ICT dalam P&P secara berkesan.
PENUTUP
Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak- kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.





















RUJUKAN
Nazri Bin Abu Bakar, Muhammad Salaebing, Shamsinah Bt. Salleh, Norizillah Bt. Mohd.                 Rodzes Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak. Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa.
Yahya Othman, Roselan Baki. Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran bahasa:
                Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan.

Goh Ying Soon, Azman bin Che Mat, Tey Meng Kar. Cabaran, Peluang dan
                ancaman Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran Bahasa.
            Noraini Attan (2002). Tahap Kesediaan Guru dalam Penggunaan Teknologi Maklumat                                                                                             Berasaskan Komputer bagi Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Master Of Ed. Thesis.    Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnaini Mahmud (2008). Factors Influencing Ict Integration In The Classroom:                                                       Implications To Teacher Education. Diperolehi pada 20 ogos 2008 daripada
          ttp://www.cluteinstitute.com/Programs/Salzburg_Austria_2008/Article%20169.pdf
Rozinah Jamaludin.  (2003).  Teknologi Pengajaran.  Kuala  
            Lumpur:  Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment